January 30, 2011

Hati-Hati Dengan Jenis-Jenis Virus PC Yang Di Cipta ! :p

                                                                          

                                        Apa Itu Virus Komputer?
 

      Virus komputer merupakan sebuah aturcara berparasit dan merebak ke dalam sesuatu fail yang dicipta dengan tujuan untuk memasuki
komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya. Ini kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya. Anti-virus McAfee mendefinisikan virus sebagai sebuah perisian aturcara yang bercantum dengan aturcara lain dalam memori komputer atau cakera serta merebak daripada satu aturcara kepada aturcara yang lain.Segeralah bertindak pantas sekiranya PC anda telah dijangkiti virus agar fail-fail yang penting tidak akan musnah.







Jenis-Jenis Virus Biasa


 VIRUS COMPILER - Virus ini pertama kali muncul di dunia komputer, dan mengalami perkembangan pesat sekarang. Virus pertama ini sangatlah sukar dibendung kerana di buat dengan bahasa rendah iaitu assembler. Memang bahasa ini mudah untuk membuat virus, namun terlalu susah menggunakannya. Kelebihan virus ini adalah mampu melakukan hal sukar kerana tidak mudah dilakukan oleh virus jenis lain kerana ia lebih complicated.

BOOT SECTOR – Berparasit  sebahagian daripada bahagian cakera keras  atau disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya ssehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.

PARTITION TABLE – Sering dikatakan menyerupai virus boot sector tetapi ia lebih suka menyerang "partition table" cakera keras (ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket sekiranya disket digunakan.


FILE VIRUS - Virus jenis ini adalah virus yang mudah didapati pada fail-fail yang terdapat di dalam PC. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan.
Biasanya file *.EXE  atau *.COM diserang akan tetapi boleh juga menyerang fail seperti *.SYS, *.DRV, *.BIN, *.OVL dan *.OVY. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik (sering berubah) dan virus stealth (tidak meninggalkan kesan).

MULTIPARTITE VIRUS - mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus BOOT SECTOR dan FILE VIRUS. Ia akan bercantum dengan fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan peng‘kod’an yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang boleh menghancurkan sesuatu fail.


MACRO VIRUS - Virus jenis ini masih baru dan yang pertama kali muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD.Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan di dalam sebuah fail yang menjalankan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.


TROJAN HORSE - Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering di anggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sesebuah kerosakan yang besar. Ia sering di muatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh ramai pengguna. Apabila ia dihidupkan, ia akan memaparkan mesej serta menukar data atau memusnahkan banyak fail.
Namun akhirnya virus ini akan menjadi berbahaya, sekiranya melakukan format hardisk.

WORM’S - Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia akan mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak salinan worm dalam masa yang pendek dan akan memakan ruang cakera keras. Ia juga merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel pengguna.
Mainframe adalah sistem  komputer yang sering di serang oleh Worm. Penyebarannya pada komputer lain melalui jaringan. Dalam perkembangannya, Worm mengalami “mutasi genetik” .

VIRUS DROPPER - Satu program yang di cipta untuk sesebuah virus komputer yang menjadi target serangan. Dropper selalunya menyerang fail seperti Readme.exe atau melalui Command.com yang menjadi aktif ketika program tersebut aktif. Satu program Dropper ini, terdapat beberapa jenis virus yang tersedia.

VIRUS SCRIPT/BATCH - Awalnya virus ini dikenali sebagai virus batch seperti yang terdulunya terdapat di file ‘batch’ yang ada di DOS.Virus script biasanya mudah didapati dari Internet Explorer kerana kelebihannya yang fleksibel dan berupaya aktif ketika saat kita melayari internet. Virus jenis ini biasanya menumpang di fail HTML (Hype Text Mark up Language) dibuat dengan menggunakan script tertentu seperti Javascript, VBscript,4 mahu pun gabungan antara script yang mengaktifkan program Active-X dari Microsoft Internet Explorer.

VIRUS HYBRID - Virus ini merupakan virus yang mempunyai dua kelebihan iaitu selalunya ia akan dapat masuk ke boot sector dan juga dapat masuk ke fail.

VIRUS POLYMORPHIC - Virus ini dikatakan virus ‘intelligent’ kerana virus tersebut dapat mengubah strukturnya setelah melaksanakan tugasnya sehingga sukar dikesan oleh Anti-virus.

VIRUS STEALTH - Ia menggunakan cara genius, di yakini dengan memodified struktur fail untuk menyembunyikan kod program tambahan di dalamnya. Kod ini memungkinkan virus ini dapat menyembunyikan dirinya. Semua jenis virus lain juga memanfaatkan kod ini kerana kod-kod ini amat penting.

VIRUS COMPANION - Virus jenis ini mencari fail *.EXE untuk membuat sebuah fail *.COM dan menyalin untuk meletakkan virus. Alasannya, fail *.COM berfungsi sebelum file *.EXE.

4 comments:

  1. i like ur detail about virus ..
    anyway , thanks for give all information !
    gud luck !

    ReplyDelete
  2. banyaknye jenis virus!

    http://matnagger-http://matnagger-mcnagger.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. kao amek kata mana zul...pak cik google kan

    ReplyDelete
  4. mat : surely laa byk..semakin hari teknologi makin berkembang..
    naim : cuba cari then bandingkan dgn aku kat google.
    aku daa wat research N00B~

    ReplyDelete